Sunday 31 July 2016

Sukanya Sugarbelle!!!


Assalamualaikum.. hai sayang-sayang sekalian, selamat bekerja bagi yang bekerja.. Tak kira la kerja apa kan? janji kita mencari rezeki yang halal. Taknak cakap banyak jom kita belanja gambar dulu.. nah!!!

 Sugarbelle Nude Range Series 









Lepas ni kalau keluar kompem konfiden kak oii!!

 Tawaran hebat Sugarbelle Cosmetic Nude Range!!

- Luxurious Matte Lip Cream ( Amber Blush ) - RM 59
- Luxurious Matte Lip Cream ( Bomb Shell ) - RM 59
- Luxurious Matte Lip Cream ( Love Struck ) - RM 59
- Luxurious Matte Lip Cream ( Mocha Dreams ) - RM 59
- Luxurious Matte Lip Cream ( Nude Kisses ) - RM 59
- Luxurious Matte Lip Cream ( Sand Storm ) - RM 59

Sesiapa yang suka warna lipstick yang tak terlalu terang, yang tak suka menonjol, natural-look gittuuw sesuaila pakai Sugarbelle series ni... memang ramai yang berpuas hati! Tahan lama pulak tu. Produk yang berkualiti siapa yang taknak kan? 

Apa lagi? Meh whatsapp 011-26059890 untuk order meh!!! 
Whatsapp 011-26059890 sekarang! Sekarang tau!!

Thursday 24 May 2012

Bila bebudak sembahyang...

Assalamualaikum..


Maghrib tadi, aku ajak adek aku semayang. Tapi budak2 biasalah, ketegaq! Tapi aku paksa jugak dia pegi ambek wuduk masa tu jugak, kalu tak aku naik. Naik apa? naik bilik ah. Then bila dia buat muka slumber derk dia je, aku naik ah. Tapi bila aku nak naik, mula ah dia panggil kakak dia kuat2 sambil buat muka 'teman adek ambek wuduk??'. adek aku ni sebenarnya tahap ketakutan dia melebihi tahap keberanian. Bolehla aku bagi nisbah 4:1. Dan disebabkan tahap keberanian dia agak kritikal, aku pun teman lah dia kat depan pintu blak-ir. Tapi tiba idea jahat aku datang. kehkeh. Tak dan dua minit, aku da angkat kaki. Tapi macam dia da dapat detect aku punya niat jahat, akhirnya aku kantoi. Kepala dia terjojol depan pintu sambil buat muka 'kakde....' dengan kening terangkat sebelah. Atoii!.... sambil membebel ntah-hapa-hapa suruh dia cepat pasal maghrib dah lama masuk, aku angkat kaki lagi sekali slow2 then pheww pecut masuk bilik. Tup2, dia pun ada. aik?


"kakde, sampai hati kakde tinggalkan adek. adek tak habes lagi ambek wuduk," sumpah muka macam nak nanges. Aik, takut benor? 


"laa, takkan tak siap lagi? tu kaki basah tu?"


"mane! adek baru nak basuh kepala.tu sebab lantai basah." alahaiiiiiiii. Aku da nak tergelak pon ada tengok muka dia dah macam jeruk asam. Kesian, aku pon temankanlah dia sekali lagi.


Nampak macam intro dia over pulak kan? Okay, itu bukan isunya.  Act aku nak bagi taw masa kitorang jemaah tuh, dia ada tarik aku punya telekong yang membuatkan hati aku seperti digeletek dua saat. Nasib baik je tak batal semayang aku. Haru!


Bila ingat2 balik, aku dedulu pun macam tu jugak. Suka sangat jadi makhluk perosak time semayang. Ada je kitorang tarik kain telekong imam time rukuq, so that bila imam bangun, akan herot kepala dia. Tang tuh tak menahan tuh. kahkahkah. Same goes bila sujud. Orang belakang akan capai dia punya kain. Maunya imam akan terpelecot kalau tak dapat kawal. Memang aku rasa nak tergelak sebab aku penah dipedajal macam tu. Dan aku penah pedajal orang jugak. Aku ngan kakak ngan adek aku time tuh sama jek. kikiki.


Haa tu kalau semayang jemaah, kalau dia semayang single, lagi haru! Naseb la kalau ada makhluk perosak yang geletek kaki dia. Konon saje nak test iman kuat ke tidak. phuiii..Ada jugak yang nyanyi2 atau buat lawak cekodok bagi 'mangsa' gelak. Ada ke? Kalau dia kuat iman sikit, ada la pejam mata buat2 khusyuk. Kalau tak pun, tahan jelah gelak jangan bagi kuar bunyik. Aduh, menyeksa betul. Tapi kalau yang lemah iman sungguh, wasalam lah..maunya takbiratul ihram semula. hahaha.


Haa ni lagi satu memang lawak sungguh. Tak tipu. Aku yang sedang menaip ni pun tak berenti gelak sensorang. Ada ke time orang nak bagi salam, si makhluk perosak tu buat muka cute dekat sebelah. Okay contoh, kau nak paling kepala ke kanan untuk bagi salam, dan pada masa yang sama kau boleh nampak makhluk tuh buat mata terjojol sambil senyum. Betul2 kat sebelah muka ha. Apa reaksi? Yang kita dedulu nih pon mane nak reti khusyuk2 nya. bebudak kan? Haila, gila kejam dia punya sakat. 


Dan kalau boleh flashback balik, rasanya banyak mende yang tak sepatutnya aku buat berkenaan dengan semayang nih. Ada je aku ngan kakak aku dok senyap tak berbunyik satu kuman pon dalam bilik solat. Konon dengar kata la, orang suruh solat pegi solat. Tapi heeee..Kakak aku ni pon sungguh la...mengajar aku menipu. Isk


Okay, memang kami adik-beradik dulu dah didedahkan dengan benda2 yang macam ni, solat, ngaji, pose sejak dari kecik lagi. Ye, memang la ada je sembahyang yang nak kena bersuruh, tak ikhlas, main2 tapi bila lama2 ia akan jadi satu kebiasaan. Bak kata pepatah, 'alah bisa, tegal biasa?' ke 'meluntur buluh biarlah dari rebungnya?'..ah aku dah mereng tulis memalam.




# ada penceramah cakap, "kalau kita nak orang buat baik, kita tak boleh main suruh, nasihat je. Kita kena ajak,"


- apa2, aku mintak maaf kalau ada yang tak kena.
- doa banyak2. insyaAllah





Monday 21 May 2012

BULAN DAN MATAHARI...

Assalamualaikum.



Hari semakin gelap . Matahari beransur-ansur pergi , meninggalkan tugasnya menyinari bumi Allah . Si bulan pula bersedia memulakan tugasnya , mengambil alih tempat teman seperjuangannya , si matahari .  matahari dan bulan sangat komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka . eh, iye ka? Macam tak sesuai je perkataan komited tu ditujukan kepada si bulan.

“ oii cik Moon, cepatlah datang. Mane kau? Batang hidung kau pon aku tak nampak. Ni tak lain tak bukan mesti kau ngopi dulu kat warung mak cik senah kan? Aku dah nak balik rumah nih. Nak berehat. Penat woo aku ari ni. Banyak tenaga aku habis. Bau pun da macam cilake. Kau ni pun saje je nak bagi darah aku mendidih, tengok ah nanti,” terkumat kamit si matahari ni membebel sensorang. Muka tu dah macam asam masin je. Nampak sangat, tak main sembunyi-sembunyi lagi dah. Haii.. sabar je la incik Ary oi..

Yang si bulan pulak terhegeh-hegeh jalannya. Aduii, memang lembab bulan nih. Mana taknya, solek berjam-jam, bedak kompek kemain tebal lagi. Ada jugak lebih kurang dua tiga inci tebalnya, tak termasuk foundation lagi tu. Tak heranlah orang kata muka cantik macam bulan. Tahu dah pe rahsianya. Haha. Lepas tu, singgah ngopi kat warung. Nak balik dah, dan-dan je abang Scorpio datang. Nak jamah nasi gamaknya. Kenyit-kenyit mata, senyum bagai dalam dua tiga minit, barulah nak gerak. Itu pun jalan sebijik macam mak nenek sebab dah tersampuk dek aura si Scorpio tadi...*dua-dua mata ada symbol heart. paraaah
Sampai-sampai port biasa, si matahari dah lesap da.

“hadui, mati aku. Mesti incik Ary marah ni. Dia tu dah la panas baran. Tak pernah nak senyum kalau jumpa. Harapkan muka je ensem, tapi perangai tak semenggah.” Dan lagi si bulan ni mengutuk matahari ya.
“yang aku pulak kenapa lambat sangat sampai ni? Aku rasa dah kira cukup-cukup dah masa tadi, memang cun habis dah. matilah aku nanti, mesti incik Ary pergi barua dekat mak cik senah tu, kata aku tak punctual lah, tak komited lah, apalah. Tahulah mak cik senah tu percayakan dia. Sebab tu jadi anak angkat . Esok siap sedia  la nak tadah telinga dengar syarahan padu ikhlas daripada incik Ary. Tapi...alah, lambat sekali-sekala je kot”. Terkumat-kamit seulas bibir mungil itu membebel ntah hapa-hapa. Padahal  si bulan ni lima kali dua je dengan si matahari tu. Suka membebel. Tak padan dengan kecil, mulut macam atuk punya nenek sedara. Padahal memang salah dia pun, sapa suruh layan cintun dengan si Scorpio romeo tu? Sungguh la dia ni kemaruk kasih sayang.



                *************************************************************




 Nana na na na....la lala la la..

“oi, melamun? Teringat kat marka ka?” bintang duduk di sebelah, membuka sila.
“apa marka-marka? Banyakla kau punya marka! Kut kalau teringat anak kucing aku kat Melaka ada!” kantoi. Ah malunya.
“aik marah. Nak sentap apa? Dah apahal dari tadi aku tengok kau senyum-senyum? Dah macam kerang expired dah aku tengok.”
“mane ada.”
“actions speak louder than the words okay?” senyum di pinggir bibir menuntut penjelasan.
“what-eva.” Mata juling ke atas. Malas nak melayan. Kalau salah cakap silap-silap kena gelak. Haru je.
“cik Moon...”
“hurmm”
“kau tak rasa something yang bizarre ke kat incik Ary?”
“why on earth kau cakap pasal dia?”
“kau tak perasan ke perangai dia lately?”
“kenapanya dengan dia?” bulan buat muka malas.
“aku tengok dia tak marah-marah lagi dah. Ada hari tu aku terserempak dengan dia, siap senyum lagi. Nak terjojol aku punya bijik mata masa tu,” muka cik Intang waktu tu macam kusut.
“then, whats your problem cik Intang? Bagusla kalau betul dia dah berubah. Suhu pun takdela macam nak membunuh,” rilex je bulan menuturkan. Pandangan ditala ke arah taman rekreasi tempat budak-budak selalu main petang-petang.
“tapi kau tak rasa pelik ke? Susah nak terima dek akal yang dia boleh senyum. Selama ni aku ingat dia tak reti nak senyum.  Kau pun maklum kan sikap dia macam mana before this?” tangannya menggaru pelipis. Matanya pula seolah-olah mengeluarkan simbol tanda tanya yang bermacam. Lagi naik kusut bila lihat temannya itu hanya tersenyum.



              ******************************************************************





Lewat petang itu.

“moon,”
“ye saya.” Ni apahal pulak takde angin takde ribut tetiba mamat ni carik aku kat warung ni. Bala sungguh.
“i’ve something to tell you. Can we talk?” kerusi di hadapan ditarik...

Biar benar! Dia suka aku? Erkk, aku tak pekak lagi aku rasa, tapi apa yang aku dengar tadi tu..arghh
“saya tahu awak terkejut. Saya dah agak. Tapi saya kena jujur dengan perasaan saya, saya tak boleh tipu lagi hati saya.” Berhati-hati dia menutur. Bulan di depannya dah terkedu. Muka tak berperasaan.
“sebenarnya saya dah lama suka awak, tapi saya takut. Takut sekiranya saya dikecewakan macam peristiwa dulu. Dan saya ambik keputusan untuk tidak berlembut dengan awak. Sebab tu saya selalu marah-marah awak, tengking, cakap kasar, membebel dekat awak walaupun awak takde se sen hutang kesalahan pun kat saya. Saya ingat dengan buat macam tu saya boleh membenci awak, tapi lain pulak yang jadi. Saya rasa macam makin dekat dengan awak. Saya  kalah dengan perasaan sendiri,” pandangan yang dari tadi tidak berkalih dari tangan sendiri dibawa ke atas. Setentang dengan orang depan.


Peluh dingin terasa mengalir perlahan. Tekak rasa kering tiba-tiba. Alahai cik Intang, tolong aku...Dia cuba mencari perkataan ‘ikhlas’ di ubun-ubun mamat di hadapannya tapi tak berjumpa, namun dia dapat rasakan nilai keikhlasan tu ada melalui pandangan matanya yang tenang setenang air di tasik Temenggor. Temenggor ke Temenggong? Ah lantakla, otak pun dah tak mampu nak fikir. Tapi orang kata mulut boleh menipu tapi mata tidak. Eh, ye ke? 


Milo ais di hadapannya dah menjalani proses kondensasi yang entah ke berapa ratus ribu kali. Perlahan-lahan dikacaunya dengan straw sebelum straw dibawa ke bibir. “hurm, i need time to give you the answers”. Segaris senyuman dihadiahkan. Memang la kalau ikutkan hati, nak je kata ‘yess, sure do’, sebab aku pun ada simpan crush sikit kut kat dia dulu. Tapi tak boleh ikut hati sangat, entah-entah mamat nih saje nak gulakan aku mana tau? lagipun kalau tengok imej aku yang macam perempuan melayu terakhir ni, macam tak kena je. Straw minuman dikacau. Kacau-kacau.


“hurmm. tunggu la beberapa hari lagi.”. Riak wajah dah kembali stabil.
“ok, take your time. If u’re ready, let me know,” senyum versi gula tertumpah dihadiahkan lima saat sebelum dia bangun melangkah pergi. Ahh, terasa nak demam. Haru.























mood : merepek. bosan takde apa nak buat.

Friday 18 May 2012

Poster Poster

Assalamualaikum.


Hari guru dah berlalu dua hari lepas. Sebut pasal Hari Guru nih aku teringat satu benda je- POSTER. Sebabnya kalau ada pertandingan buat poster sempena sambutan apa2, akulah orang paling eksaited sekali. Dulu zaman aku, cikgu sokmo buat pertandingan lukis poster. Tema yang aku ingat 'Guru Pemangkin Kecemerlangan', hehe. Waktu zaman aku dulu, aku dikira bertuah lah sebab apa yang aku lukis/tulis tu jadik. cantik. yeah thats it!!. Bukan nak bangga tapi ramai jugak la classmate dulu suh tulis tu, tulis ni, lukis tu, lukis ni. Apa tangan aku ni nampak aura seni ke? haha. Last2 aku tolong ah jugak, nak bagi dia orang gembira sikit, tapi aku pulak yang lambat siap. Kelam kelibut aku dibuatnya. haha.  Kenangan betul.




 Laa nih, aku tanya adek aku, dia kata takda buat pun. Aku tak tahu lah sama ada dia tak tahu atau sekolah memang tak buat this year ataupun zaman lukis poster dah disimpan dalam stor. 




Sedang2 enak aku mengimbau kenangan, adek aku bagi cadangan.
" kakde2, jom kita lawan buat poster nak? guna kad manila adek."


Erk, aku salah dengar ke? Heh, silap orang la nak ajak lawan. "taknak kakde, kau tu patutnya siap2 nak ke skola agama pulak"


"alah, jommmlah. Masa kita buat tiga jam." kad manila warna pink yang siap dibahagi dua dihulur. Kata2 aku dibuat macam angin lalu jek.


Mak aihh. Buat apa nak lama2? "dua jam je". Terus kertas aku bawak ke bilik. Lantak kau lah. Dia kalau dah cakap taknak, memang tak pegi sungguh la. Budak2 sekarang.


"copp! adek boleh guna kertas warna ngan kertas pembalut hadiah"


Hamboii..."ok, dengan syarat tak boleh guna lebih daripada tiga warna"


"kakde pon tak boleh pinjam barang adek lebih daripada tiga benda." Cehh, kureng punya adek. Taulah tools kau lengkap, cukup pakej. Huh




Aku sedar yang sepasang mata dari tadi dok jeling2 ke orang sebelah. Dah terasa gelisah ke? heh. Dalam kekhusyukan aku melukis, mulut dia dah bunyi. Macam nak nanges betul aku rasa. Selang dua minit tengok aku punya kertas, tunjuk muka 'kakde punya lawa, tak aci ada gambar'. Aku steady buat muka cool. Keh keh keh.




Gigih aku mewarna guna kaler kayu. Hehe. Tapi seronok apa?Orang sebelah guna kaler magic, tak menahan. Dan dia dah nak siap dah pun setelah diberi kata2 semangat dari kakaknya. Aku kata dia punya lagi cantik..siap ada border sama empat bunga kat setiap bucu ketas. Decorations yang tanak kalah.




Tak sampai dua jam kita orang dah siap. Budak tu taruk nama sikit punya besaw dekat bahagian atas. Pe motif?? Aku sekadar taruk signature je kat bawah nun. Bukan pertandingan peringkat daerah pon nak taruk2 nama nih. Tapi tu pun nasib baik dia tak letak nama bapak sekali. Maunya aku tergolek onthespot. Ahaks. Lepas nih nak bawak ke judger pulak.  Mak aku la tuh, takde orang lain dah. Aku berdoa dalam hati setelah dia pergi.




Dari atas aku dah dengar budak nanges. Sah! Aku just ketawa dalam hati. Heh, dengan budak umo spuloh tahun boleh la kau menang. kuikuikui.




Dia naik atas balik, buat muka bengang habisan. Sambil nanges2, dia marah2 bawah bantal. Heh, tu lah. Sape suruh ajak orang lawan tadi? Dapat pulak judger yang ikhlas dan tulus hundred percent. kui kui kui. Hati aku tergelak. Kut kalau terkeluar daripada mulut mau kena belangkung...."oii..dah lah. nanti kakde ajar lukis orang okayh?" 




Dan malam tu, elok2 pas maghrib je dia dah tuntut janji. Hai, kacau je orang tengah siok2 baca novel Tunas. Kan ke elok kalau ambik al-Quran tu baca. Tapi kesian jugak tengok muka lima sen dia tu. Nak taknak, kena layan jugak budak nih. Lepas tarik nafas seminit dua, aku bangun masuk bilik. "ambik ketas, pensel, pemadam cepatt!!!"




Suka hati aku bila tengok hati dia dah senang. Pandai jugak melukis adek aku sorang nih. Like sister, like brother. Eheh. Perasan. Ni aku cakap betul, adek aku yang ni memang cantik dia lukis, cuma yang 'orang' nih dia lembab sikit, tapi bila aku dah tunjuk cara senang, kira not bad la.




"cantikkan adek lukis?" Gambar girl pakai tudung ditunjukkan. Dalam hati da nak tergelak tapi tahan.


"cantik dek. Boleh ah kakde bagi C+." sebab ada corak bunga pada tudung tuh, kalau tak F je aku bagi. Keh keh keh..."tapi kakde punya A+." Senyumku dua saat.


"ahh takde2. Adek punya A+ eah?" dan masa tu jugak dia gi pangkah aku punya lukisan dan 'fail'kan gambo tuh. Kureng asam jawa punya adek. Ok, fine! kau A+, kakde F.










# sayangilah guru. hormatilah mereka kalau nak ilmu tu berkat. Selamat Hari Guru.












































Monday 14 May 2012

Perihal Kedai Kek

Assalamualaikum...


 Aku sebenarnya suka sangat kerja, yelah nak dapat duet poket kan? mane lagi nak kaut kalau bukan dengan kerja. Nak harapkan my Dad, kene buat muka tembok dulu ah dan aku paling tak suka buat muka tembok sebab duit, maklumlah aku kan anak yang baik..tak suka mintak2 nih, ececeh :p






Kadang-kadang, kalau duduk petang2 kat beranda sambil makan pisang goreng sama teh O, teringat jugak dekat job aku yang dulu, waktu lepas spm. Kerja dekat kedai kek Memon atau nak best siket, Mon Cake House..hahaha kerlass kau. Adelah dalam dua bulan aku menabur bakti kat sana. Dan dalam dua bulan tuh adelah secubit dua pengalaman yang aku ambik untuk buat bekal nanti-nanti.






Ok sekarang aku nak bagitahu skop kerja aku dulu. Seawal jam 5.30 pagi, aku dah meluru ke bilik air, kene cepat2 pasal dua orang anak dara lagi mau guna. Adat berkongsi katakan. Dan pukul 6.30 wajib berada dalam kereta untuk bersama2 puan boss meredah arus kegelapan menuju ke tempat kerja. ( ayat gramatis habes ). Semua kerja yang ada roti, bun dan pastri aku yang kena buat. Dari switch on oven, bakar roti, pizza, tart, paketkan sume mende alah tuh, susun2 dan letak kat depan aku yang buat. Kadang2 tak menang kaki tangan mane nak bungkus, nak susun, nak sapu itu ini, nak soletape lagi. Kadang2 aku rasa jugak aku buat kerja lambat hehehe tapi dah memang speed aku tahap tu je, nak buat macam mana tapi berjaya jugak antar sume roti tuh kat bahagian depan tepat jam 9. Pekerja yang patuh pada arahan boss.






Pandai guna pandaila basuh kan? Haa memang aku pandai basuh pun, dan nak menghabeskan tray2 besaw yang sebanyak 11 keping tuh memang hazab. Uish kadang2 aku merungut dalam hati sebab kene sental kuat2 nak kasi ilang kesan baking. Dalam sibuk2 tangan bekerja, mulut pun sibuk jugak. Sibuk membebel. Pekejadahnya?






Antara kenangan yang takleh bla bila jari2 aku habes rosak dek ketajaman serbuk pencuci tu. Dia punya teruk tak teruk sampaikan aku kene gi klinik mintak ubat. Peritnya hanya Allah je yang tahu, sampaikan time makan nasik, dia rasa pedih. Time duk tempat aircond pulak dia rasa kering semacam dua macam. Dan kalau ikutkan hati aku yang manja tak berapa nak manja nih, memang aku mintak berenti lah. Mane tahan baii. Lagipun tak ke kira menganiaya diri sendiri tuh?









Bab paling lemah bila masa kene tulis pada kek. Masa tu paling cuak sekali. Aku ingat lagi masa pes time nulis, mau parkinson kaki, tangan dan jari. Kau jangan memain, sekali tersalah tulis dia request kurangkan harga, haa? tapi tu takpe lagi, kalau request kek lain? tak ke naya?? Tapi time kene ngan bebudak U memang aku surrender la awal2, aku gi panggil sorang akak tuh suruh dia handle. But then, cuak tu tak lama. Berkat kesungguhan aku belajar nulis atas pinggan kosong, akhirnya aku dapat nulis dengan konfident.. Bak kata omputih, Practice make perfect.haha. Tiba2 rasa eksaited pulak. Bukan senang aku nak dapat menjahanamkan kek orang ye tak? ;)






Kalau kauorang nak tahu, part paling heaven sekali...eh, seingat aku cikgu bm kata kalau ada 'paling', takboleh ada 'sekali' dah..sebab 'paling' dah menunjukkan kuat dah..ahh cikgu, itu dulu, zaman budak sekolah, penuh dengan tatabahasa, sekarang saya budak u, penuh dengan budi bahasa....




Erk ok, kat mane tadi? owh tang heaven tuh sebabnya aku dapat makan free semua bun, roti, tart, donut yang kitorang buat. Pilih je nak yang mana, zupppp...ambek, masuk mulut..nyum2. Aku paling suka ambik cheese tart blueberry, rasanya...ermmmm, lemak2 gitu. Dan aku sokmo makan sorok2 time bos takde sebab aku ambik dua, tiga kali sehari, keh keh keh. ( sengeh jahat )



cheese tart - RM 2.50 sebijik.

So, tulah serba sedikit cerita pasal profession aku dulu. Dan tak sangka aku pun ambik kos pasal makanan jugak kat uitm nih. hihihi





# Bukan senang nak carik duit. Pengalaman mengajar kita 'sesuatu'.



Sunday 6 May 2012

MY BENZ ALIF aka BENJI

Assalamualaikum .

Okay ada sorang budak tu tengah senyum sensorang depan lappy. Ntah sebab apa aku pun tak berapa pasti, tapi lepas baca satu nOvel tuh terus datang penyakit senyum tu. Parah2. What the fire sampai boleh senyum sampai ke telinga? sensorang pulak tu, bukan taw nak ajak kengkawan lain. Dasar kedekott perasaan!!!!..Eh ni kenapa aku tiba2 emo nih?? haha.





Leidin : A memoir


Sape2 yang tak kenal lagi HLOVATE, pergi kenal sekarang! ( ayat berbaur arahan ). Haha ekceli aku pun baru kenal sem lepas, masa tahun lepas, tu pun lepas rumet aku yang citer pasal novel beliaw yang giler kool tuh. Kalau tak sampai bila pun aku tak tahu yang orang nama Hlovate tu wujud. Thanks Adda!
 Okay aku admit memang aku suka sama Benz Alif Sulaiman ( watak lam citer nih ), dan aku dah fall-in-love with him. Ok mengarut..Tapi kan, lepas baca novel ni, terus aku rasa lain macam. Seolah2 macam da jatuh chenta, orang kata macam dah angau overboard lah lebih kurang, seriously.


Btw ape yang specialnya mamat ni? Haa...entahlah, aku pun tak reti macam mana nak cakap, yelah kalau dah suka kan. hehe. Tapi based on what i've read, Benji ( nama manja dalam novel tuh ) nih :




~ romantik, the way he talk, the way he act, memang cair ah..siap guna spanish ngan dutch punya language lagi sebagai melting factor. uwww. Bak kata Addin ( wife dia ), Benji nih pencuri hati kelas satu
~ setia, tetap sayang kt wife dia since f4 lagik sampai dah kawen! even wife dia tak suka gilak kat dia..kalau aku, memang taakla nak stay kan.
~ educated, based on the way he act..tapi dy memang study obersea ape
~ boleh jadik sahabat, housemate and hubby yang baik..boleh jadik teman bergaduh, teman bergelak ketawa, teman bersedih-pedih watsoever lah
~ cool, and he meant what he said, dia cakap apa yang dia rasa dan apa yang dia fikir
~ paling penting skali sebab dia baik, means buat yang wajib as a muslim. dan dia jugak yang banyak mengubah kehidupan diorang ke arah yang lebih baik..






Aku rasa cukup lah takat tu jer aku describe serba sedikit pasal diri beliau. Yup, memang nampak klise sikit, tapi siyesly dalam banyak2 watak novel, yang ni paling terkesan. Mungkin sebab aku dah teraddict ngan novel Hlovate? atau mungkin jugak sebab sifat rohani yang ditunjukkan dalam watak? tak kesah lah yang pasti cara penulisan dia nampak neutral dan tak over sangat macam sesetengah cerita yang bersemak dengan konflik tak sudah2. But i'm wondering siapalah my Benji yek??uhuuuu (gatal). 
Akal- "Eh didi, gediknya kauu. Mane nak jumpanya mr Benji kau dalam dunia ni? mengarut tahap ghaban". Hati- "Eh ada lah! dunia fantasi?" ngee......................






# kadang2 berangan itu perlu tapi jangan sampai jadi najis. :)









Thursday 19 April 2012

HERE IS APAM BELANG !!!!

pss: yang buruk itu seni ~ (baru kuar dari steamer)


Assalamualaikum n hai semua..! :)


Cuti2 sem ni kan, suma orang dok pakat kalut nak wat apa time cuti, ada yang nak cari keje la, ada yang nak g jenjalan la, ada yang nak blaja menjahit lah, (aku la tuh hehe), ada yang nak rehat je memanjang, macam2 lah..yelah kan, lain orang, lain ragam ye tak?


 "weh ko wat apa ha time cuti panjang nih? mesti dok rehat je kann??" ,  "banyak lah! aku nih sebenanya keje jadik domestic engineer"..."domestic WHAT?"..."domestic engineer semek! aka housewife yang tak bergaji" (housewife ade gaji ker? erkk)..."owh...erk? ko buat apa? penat ke? bla bla bla...."


Haa ni meh nak citer nih. Bukan senang tau keje jadik housewife nih. Sape yang kat luar sana tu kata "alah, mende lah sangat setakat keje kat rumah tu kan? bukan kene pakai baju pejabat ke cecantik ke ape, pakai kain batik pon takpe, takyah nak bangun pepagi macam nak pegi keje", aku bagi senduk kat muka dia..Ei, korang tau tak, pepagi lagi da kene bangun awal taw, kejut husband, siap semayang kejut budak kecik pulok suh pegi sekolah, jerang air, buat sarapan, antar gi sekolah pulok, kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju2 hapak, sapu sampah, mop mane yang perlu, then kejap je da tengah hari dah, pikir nak masak ape nak bagi husband makan, bla bla bla....penat mak jemah oiiiii !


Actually yang mane aku senarai tuh tugas hakiki seorang yang bergelar housewife, tapi aku takdelah buat yang tu sume hehehe, yelah aku nih bukannya kawin lagi nak 'wife2' ni ye tak? dan  kalau betul pon aku dah kawen, not sure lagi ak boleh buat sume tu ke tidak. Tapi memang aku respek toink2 para housewife kat dalam mesia nih.


Okay, enough talking bout housewife nih!! Dah lari topik dah ha, actually aku nak citer yang aku buat projek  masak-memasak time semester break.
Nah, ni lah dia my aromatic apam belang, why oramatic? ok, nampak tak warna pink yang chantek tuh? I gi bantai letak sirap, takde pewarna merah punya pasal. Tapi bau dia, perghh wa cakap sama lu bai, wangi sangat. Bau bunga ros pun tak sewangi nih, ok aku tipu :p


Jujurla walaupun appearance dia tak bape nak smooth tapi dia punya rasa not bad la, lemak2 manis but it is much  better if we (wth my sis) put two or three tbsp of sugar. Tapi okaylah tak elok memanis nih, cewwah..^_^


don't judge the apam by it's cover ~


cantik tak warna dia? aku tanya warna, bukan texture dia ~


Ekceli yang kuning je buh pewarna, sebab tu nampak mencapap sikit~















p/s : - Just ignore the date in those pictures.
       - Dalam pastry or baking, kene ada trial and error, so never give up.