Monday, 21 May 2012

BULAN DAN MATAHARI...

Assalamualaikum.



Hari semakin gelap . Matahari beransur-ansur pergi , meninggalkan tugasnya menyinari bumi Allah . Si bulan pula bersedia memulakan tugasnya , mengambil alih tempat teman seperjuangannya , si matahari .  matahari dan bulan sangat komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka . eh, iye ka? Macam tak sesuai je perkataan komited tu ditujukan kepada si bulan.

“ oii cik Moon, cepatlah datang. Mane kau? Batang hidung kau pon aku tak nampak. Ni tak lain tak bukan mesti kau ngopi dulu kat warung mak cik senah kan? Aku dah nak balik rumah nih. Nak berehat. Penat woo aku ari ni. Banyak tenaga aku habis. Bau pun da macam cilake. Kau ni pun saje je nak bagi darah aku mendidih, tengok ah nanti,” terkumat kamit si matahari ni membebel sensorang. Muka tu dah macam asam masin je. Nampak sangat, tak main sembunyi-sembunyi lagi dah. Haii.. sabar je la incik Ary oi..

Yang si bulan pulak terhegeh-hegeh jalannya. Aduii, memang lembab bulan nih. Mana taknya, solek berjam-jam, bedak kompek kemain tebal lagi. Ada jugak lebih kurang dua tiga inci tebalnya, tak termasuk foundation lagi tu. Tak heranlah orang kata muka cantik macam bulan. Tahu dah pe rahsianya. Haha. Lepas tu, singgah ngopi kat warung. Nak balik dah, dan-dan je abang Scorpio datang. Nak jamah nasi gamaknya. Kenyit-kenyit mata, senyum bagai dalam dua tiga minit, barulah nak gerak. Itu pun jalan sebijik macam mak nenek sebab dah tersampuk dek aura si Scorpio tadi...*dua-dua mata ada symbol heart. paraaah
Sampai-sampai port biasa, si matahari dah lesap da.

“hadui, mati aku. Mesti incik Ary marah ni. Dia tu dah la panas baran. Tak pernah nak senyum kalau jumpa. Harapkan muka je ensem, tapi perangai tak semenggah.” Dan lagi si bulan ni mengutuk matahari ya.
“yang aku pulak kenapa lambat sangat sampai ni? Aku rasa dah kira cukup-cukup dah masa tadi, memang cun habis dah. matilah aku nanti, mesti incik Ary pergi barua dekat mak cik senah tu, kata aku tak punctual lah, tak komited lah, apalah. Tahulah mak cik senah tu percayakan dia. Sebab tu jadi anak angkat . Esok siap sedia  la nak tadah telinga dengar syarahan padu ikhlas daripada incik Ary. Tapi...alah, lambat sekali-sekala je kot”. Terkumat-kamit seulas bibir mungil itu membebel ntah hapa-hapa. Padahal  si bulan ni lima kali dua je dengan si matahari tu. Suka membebel. Tak padan dengan kecil, mulut macam atuk punya nenek sedara. Padahal memang salah dia pun, sapa suruh layan cintun dengan si Scorpio romeo tu? Sungguh la dia ni kemaruk kasih sayang.



                *************************************************************




 Nana na na na....la lala la la..

“oi, melamun? Teringat kat marka ka?” bintang duduk di sebelah, membuka sila.
“apa marka-marka? Banyakla kau punya marka! Kut kalau teringat anak kucing aku kat Melaka ada!” kantoi. Ah malunya.
“aik marah. Nak sentap apa? Dah apahal dari tadi aku tengok kau senyum-senyum? Dah macam kerang expired dah aku tengok.”
“mane ada.”
“actions speak louder than the words okay?” senyum di pinggir bibir menuntut penjelasan.
“what-eva.” Mata juling ke atas. Malas nak melayan. Kalau salah cakap silap-silap kena gelak. Haru je.
“cik Moon...”
“hurmm”
“kau tak rasa something yang bizarre ke kat incik Ary?”
“why on earth kau cakap pasal dia?”
“kau tak perasan ke perangai dia lately?”
“kenapanya dengan dia?” bulan buat muka malas.
“aku tengok dia tak marah-marah lagi dah. Ada hari tu aku terserempak dengan dia, siap senyum lagi. Nak terjojol aku punya bijik mata masa tu,” muka cik Intang waktu tu macam kusut.
“then, whats your problem cik Intang? Bagusla kalau betul dia dah berubah. Suhu pun takdela macam nak membunuh,” rilex je bulan menuturkan. Pandangan ditala ke arah taman rekreasi tempat budak-budak selalu main petang-petang.
“tapi kau tak rasa pelik ke? Susah nak terima dek akal yang dia boleh senyum. Selama ni aku ingat dia tak reti nak senyum.  Kau pun maklum kan sikap dia macam mana before this?” tangannya menggaru pelipis. Matanya pula seolah-olah mengeluarkan simbol tanda tanya yang bermacam. Lagi naik kusut bila lihat temannya itu hanya tersenyum.



              ******************************************************************





Lewat petang itu.

“moon,”
“ye saya.” Ni apahal pulak takde angin takde ribut tetiba mamat ni carik aku kat warung ni. Bala sungguh.
“i’ve something to tell you. Can we talk?” kerusi di hadapan ditarik...

Biar benar! Dia suka aku? Erkk, aku tak pekak lagi aku rasa, tapi apa yang aku dengar tadi tu..arghh
“saya tahu awak terkejut. Saya dah agak. Tapi saya kena jujur dengan perasaan saya, saya tak boleh tipu lagi hati saya.” Berhati-hati dia menutur. Bulan di depannya dah terkedu. Muka tak berperasaan.
“sebenarnya saya dah lama suka awak, tapi saya takut. Takut sekiranya saya dikecewakan macam peristiwa dulu. Dan saya ambik keputusan untuk tidak berlembut dengan awak. Sebab tu saya selalu marah-marah awak, tengking, cakap kasar, membebel dekat awak walaupun awak takde se sen hutang kesalahan pun kat saya. Saya ingat dengan buat macam tu saya boleh membenci awak, tapi lain pulak yang jadi. Saya rasa macam makin dekat dengan awak. Saya  kalah dengan perasaan sendiri,” pandangan yang dari tadi tidak berkalih dari tangan sendiri dibawa ke atas. Setentang dengan orang depan.


Peluh dingin terasa mengalir perlahan. Tekak rasa kering tiba-tiba. Alahai cik Intang, tolong aku...Dia cuba mencari perkataan ‘ikhlas’ di ubun-ubun mamat di hadapannya tapi tak berjumpa, namun dia dapat rasakan nilai keikhlasan tu ada melalui pandangan matanya yang tenang setenang air di tasik Temenggor. Temenggor ke Temenggong? Ah lantakla, otak pun dah tak mampu nak fikir. Tapi orang kata mulut boleh menipu tapi mata tidak. Eh, ye ke? 


Milo ais di hadapannya dah menjalani proses kondensasi yang entah ke berapa ratus ribu kali. Perlahan-lahan dikacaunya dengan straw sebelum straw dibawa ke bibir. “hurm, i need time to give you the answers”. Segaris senyuman dihadiahkan. Memang la kalau ikutkan hati, nak je kata ‘yess, sure do’, sebab aku pun ada simpan crush sikit kut kat dia dulu. Tapi tak boleh ikut hati sangat, entah-entah mamat nih saje nak gulakan aku mana tau? lagipun kalau tengok imej aku yang macam perempuan melayu terakhir ni, macam tak kena je. Straw minuman dikacau. Kacau-kacau.


“hurmm. tunggu la beberapa hari lagi.”. Riak wajah dah kembali stabil.
“ok, take your time. If u’re ready, let me know,” senyum versi gula tertumpah dihadiahkan lima saat sebelum dia bangun melangkah pergi. Ahh, terasa nak demam. Haru.























mood : merepek. bosan takde apa nak buat.

No comments: