Assalamualaikum.
Hari guru dah berlalu dua hari lepas. Sebut pasal Hari Guru nih aku teringat satu benda je- POSTER. Sebabnya kalau ada pertandingan buat poster sempena sambutan apa2, akulah orang paling eksaited sekali. Dulu zaman aku, cikgu sokmo buat pertandingan lukis poster. Tema yang aku ingat 'Guru Pemangkin Kecemerlangan', hehe. Waktu zaman aku dulu, aku dikira bertuah lah sebab apa yang aku lukis/tulis tu jadik. cantik. yeah thats it!!. Bukan nak bangga tapi ramai jugak la classmate dulu suh tulis tu, tulis ni, lukis tu, lukis ni. Apa tangan aku ni nampak aura seni ke? haha. Last2 aku tolong ah jugak, nak bagi dia orang gembira sikit, tapi aku pulak yang lambat siap. Kelam kelibut aku dibuatnya. haha. Kenangan betul.
Laa nih, aku tanya adek aku, dia kata takda buat pun. Aku tak tahu lah sama ada dia tak tahu atau sekolah memang tak buat this year ataupun zaman lukis poster dah disimpan dalam stor.
Sedang2 enak aku mengimbau kenangan, adek aku bagi cadangan.
" kakde2, jom kita lawan buat poster nak? guna kad manila adek."
Erk, aku salah dengar ke? Heh, silap orang la nak ajak lawan. "taknak kakde, kau tu patutnya siap2 nak ke skola agama pulak"
"alah, jommmlah. Masa kita buat tiga jam." kad manila warna pink yang siap dibahagi dua dihulur. Kata2 aku dibuat macam angin lalu jek.
Mak aihh. Buat apa nak lama2? "dua jam je". Terus kertas aku bawak ke bilik. Lantak kau lah. Dia kalau dah cakap taknak, memang tak pegi sungguh la. Budak2 sekarang.
"copp! adek boleh guna kertas warna ngan kertas pembalut hadiah"
Hamboii..."ok, dengan syarat tak boleh guna lebih daripada tiga warna"
"kakde pon tak boleh pinjam barang adek lebih daripada tiga benda." Cehh, kureng punya adek. Taulah tools kau lengkap, cukup pakej. Huh
Aku sedar yang sepasang mata dari tadi dok jeling2 ke orang sebelah. Dah terasa gelisah ke? heh. Dalam kekhusyukan aku melukis, mulut dia dah bunyi. Macam nak nanges betul aku rasa. Selang dua minit tengok aku punya kertas, tunjuk muka 'kakde punya lawa, tak aci ada gambar'. Aku steady buat muka cool. Keh keh keh.
Gigih aku mewarna guna kaler kayu. Hehe. Tapi seronok apa?Orang sebelah guna kaler magic, tak menahan. Dan dia dah nak siap dah pun setelah diberi kata2 semangat dari kakaknya. Aku kata dia punya lagi cantik..siap ada border sama empat bunga kat setiap bucu ketas. Decorations yang tanak kalah.
Tak sampai dua jam kita orang dah siap. Budak tu taruk nama sikit punya besaw dekat bahagian atas. Pe motif?? Aku sekadar taruk signature je kat bawah nun. Bukan pertandingan peringkat daerah pon nak taruk2 nama nih. Tapi tu pun nasib baik dia tak letak nama bapak sekali. Maunya aku tergolek onthespot. Ahaks. Lepas nih nak bawak ke judger pulak. Mak aku la tuh, takde orang lain dah. Aku berdoa dalam hati setelah dia pergi.
Dari atas aku dah dengar budak nanges. Sah! Aku just ketawa dalam hati. Heh, dengan budak umo spuloh tahun boleh la kau menang. kuikuikui.
Dia naik atas balik, buat muka bengang habisan. Sambil nanges2, dia marah2 bawah bantal. Heh, tu lah. Sape suruh ajak orang lawan tadi? Dapat pulak judger yang ikhlas dan tulus hundred percent. kui kui kui. Hati aku tergelak. Kut kalau terkeluar daripada mulut mau kena belangkung...."oii..dah lah. nanti kakde ajar lukis orang okayh?"
Dan malam tu, elok2 pas maghrib je dia dah tuntut janji. Hai, kacau je orang tengah siok2 baca novel Tunas. Kan ke elok kalau ambik al-Quran tu baca. Tapi kesian jugak tengok muka lima sen dia tu. Nak taknak, kena layan jugak budak nih. Lepas tarik nafas seminit dua, aku bangun masuk bilik. "ambik ketas, pensel, pemadam cepatt!!!"
Suka hati aku bila tengok hati dia dah senang. Pandai jugak melukis adek aku sorang nih. Like sister, like brother. Eheh. Perasan. Ni aku cakap betul, adek aku yang ni memang cantik dia lukis, cuma yang 'orang' nih dia lembab sikit, tapi bila aku dah tunjuk cara senang, kira not bad la.
"cantikkan adek lukis?" Gambar girl pakai tudung ditunjukkan. Dalam hati da nak tergelak tapi tahan.
"cantik dek. Boleh ah kakde bagi C+." sebab ada corak bunga pada tudung tuh, kalau tak F je aku bagi. Keh keh keh..."tapi kakde punya A+." Senyumku dua saat.
"ahh takde2. Adek punya A+ eah?" dan masa tu jugak dia gi pangkah aku punya lukisan dan 'fail'kan gambo tuh. Kureng asam jawa punya adek. Ok, fine! kau A+, kakde F.
# sayangilah guru. hormatilah mereka kalau nak ilmu tu berkat. Selamat Hari Guru.
1 comment:
The 5 best Baccarat strategy and tips | Febcasino
It's a basic strategy to learn how to play in real time, and we've picked up some useful tips for 라이브 바카라 you to play with your Baccarat
Post a Comment